Wednesday, January 7, 2009

WASIAT BUAT TEMAN


6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATAB

Jika engkau:

  • Ø Menemui cela pada seseorang dan ingin mencacinya
  • Cacilah dirimu dahulu
  • Sesungguhnya, kecelakaan pada dirimu lebih banyak darinya.
  • Ø Ingin memusuhi seseorang
  • Musuhilah dahulu perutmu
  • Kerana tiada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
  • Ø Ingin memuji seseorang
  • Pujilah kepada Allah
  • Kerana tiada seorang manusiapun yang lebih banyak member kepadamu selain Allah S.W.T
  • Ø Ingin meninggalkan sesuatu
  • Tinggalkan kesenangan dunia
  • Andaikata engkau meninggalkan bererti engkau terpuji
  • Ø Bersiap-siap untuk sesuatu
  • Bersiaplah untuk mati
  • Jika engkau tidak bersiap sedia, engkau akan menderita, mati dalam penyesalan.
  • Ø Ingin menuntut sesuatu

Tuntutlah akhirat

  • Engkau tidak akan menemuinya melainkan engkau mencarinya.


WASIAT IMAM SYAFIE

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan SELAMAT hendaklah dia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak dengan diri iaitu mengurangkan tidur, makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat iaitu mengqada’kan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi

4. Hak kepada munkar nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat, nasihat-menasihati.

5. Hak kepada mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanngung kesulitan

6. Hak kepada sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara’, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah

7. Hak kepada malik iaitu banyak menangis kerana takut azab Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang atau sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kepada ridhwan iaitu merasa redha dengan qada’ Allah,bersabar mendapat bala, bersyukaur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

9. Hak kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan Allah SWT.

10. Hak kepada ALLAH SWT ialah mengajak kearah kebaikan, mencegah kepada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

No comments:

Post a Comment